Wednesday, May 12, 2010

senyum tanda setuju

Posted by pInKy LoVeR at 7:26 AM
kenapa suka dye??
kenapa sayang dye??
bila pertanyaan seperti nie menjengah ke telinga ku
aku hanya mampu tersenyum....


so,aku nak share la satu citer...
rsenya dh rmai thu psal nie..
tp aku nk cter gak..
bg aku cter nie agak menyentuh hati ler...
tp xtahu la korang yang baca nie
feeling mcam mane...
huhuhu


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasek yang indah..bukan tasek kt shah alam tuh!! then mereka stop di sebuah bangku yang x berapa elok disediakan di tepi tasek..kemudian si isteri bertanya kepada si suami...ini dialog mereka :

isteri : mengapa abang suka kat saya? mengapa abang cintakan saya?
suami : abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun abang memang suka n menyintai sayang!
isteri : abang xboleh terangkan sebabnya? bagaimana abang boleh katakan abang sayang n cintakan saya sedangkan abang xboleh menerangkannya?
suami : btol! abang xtahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!
isteri : tak boleh beri bukti! tidak! saya hendak abang menerangkan kepada saya sebabnya..kawan-kawan saya yang lain mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka menyintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi..namun begitu abang tidak boleh menerangkan sebabnya..

si suami menarik nafas panjang dan dia berkata.....

suami : baiklah! abang menyintai sayang sebab sayang baik, cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. abang juga begitu sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, disitulah cinta abang bersama sayang..
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan si suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari, si isteri mengalami kemalangan dan koma..

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu, sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu....

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu, sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu...

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu, sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu...

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu, sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu...

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi...
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, dan selamanya dan cinta tidak perlukan sebab. kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.. Namun begitu, ia boleh dirasai dalam hati.......


peace!!:))

0 comments on "senyum tanda setuju"

Post a Comment

 

::bila kekunci diketuk:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal